Wednesday, May 26, 2010
30 cara menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah
TANDAS
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
BILIK MANDI
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
SINKI
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
TAMAN
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
DAPUR
18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
GARAJ
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Friday, May 21, 2010
Langkah Pencegahan Kemalangan Jalan Raya
• Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
• Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
• Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
• Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
• Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
• Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
• Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
• Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
• Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor “hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
• Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
• Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
• Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda.
Wednesday, May 19, 2010
BAGAIMANA MENCEGAH KENDERAAN ANDA DARI DICURI?
BAGAIMANA MENCEGAH KENDERAAN ANDA DARI DICURI?
Jaga Keselamatan Kenderaan Anda.
• Kunci kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kunci dalam kereta.
• Pastikan semua tingkap kenderaan anda ditutup rapat.
• Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi jika terpaksa, letakkan barang- barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang di dalam but kenderaan anda.
• Jangan tinggalkan kenderaan anda dengan enjin terpasang walaupun untuk seketika sahaja. Kecurian kenderaan selalunya terjadi di kedai runcit, stesen minyak, ATM dan kawasan luar rumah apabila kenderaan dibiarkan seketika untuk melakukan tugasan ringkas atau hanya untuk membuka pintu pagar rumah.
Meletak kenderaan.
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang terang – kecurian kenderaan biasanya berlaku pada waktu malam di kawasan yang gelap.
• Letakkan kenderaan anda di tempat yang mempunyai kawalan keselamatan – pencuri kenderaan tidak sukakan saksi dan lebih menyukai tempat letak kereta yang tidak berjaga.
• Letakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah bukannya di luar. Kunci pintu kenderaan dan pagar rumah bagi meningkatkan keselamatan kenderaan anda.
Keselamatan.
• Pencuri professional berkebolehan mencuri mana-mana kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh menyukarkan pencuri dari mencuri kenderaan anda. Kenderaan yang mempunyai tahap keselamatan yang lebih akan menyulitkannya dari dicuri.
• Keupayaan kewangan dan pemilihan peribadi anda akan menentukan tahap ciri keselamatan dan jenis alat-alat pencegah kecurian yang terbaik untuk anda.
• Alat pencegah kecurian yang boleh didapati adalah:
- Penghalang gerak enjin berelektronik.
- Kunci pintu dan kunci pencucuhan yang lebih baik.
- Kunci yang mempunyai corak atau kod keselamatan.
- Radio/pemain cakera padat yang berkod keselamatan atau yang mukanya boleh ditanggalkan.
- Penandaan nombor kenderaan pada cermin.
- Alat amaran penggera.
- Kunci stering/gear/brek.
- Alat pengesan berelektronik.
Saturday, May 15, 2010
Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik di Selangor
Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang maju dalam sektor perdagangan dan
pesat dalam pembangunan. Sebagai sebuah negeri yang maju, banyak pasaraya besar dan
kompleks membeli-belah telah didirikan dalam negeri. Keadaan ini telah menyebabkan
penggunaan beg plastik secara besar-besaran di merata-rata. Oleh yang demikian,
keadaan pencemaran beg plastik ataupun dikenali sebagai pencemaran putih (white
pollution) semakin serius pada hari ini.
Memandangkan pencemaran beg plastik ini mungkin menjejaskan kualiti alam sekitar dan
kesihatan rakyat Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor di bawah
Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang
dipengerusi oleh Y.B. Elizabeth Wong telah mengadakan satu perbincangan dengan
beberapa pengusaha-pengusaha pasaraya besar, kompleks membeli-belah serta peruncit
tentang kaedah-kaedah mengurangkan penggunaan beg plastik di dalam negeri.
Perbincangan mengenai “Kempen Tanpa Penggunaan Beg Plastik di Negeri Selangor”
mendapat sambutan hebat. Hasil daripada perbincangan, pihak Kerajaan Negeri Selangor
akan menganjurkan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada setiap hari Sabtu. Pada hari
perlaksanaan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ tersebut, beg plastik tidak akan diberikan kepada pembeli sebaliknya pembeli akan dikenakan bayaran sebanyak 0.20 sen ke atas setiap penggunaan sebarang beg plastik.
“Kempen Tanpa Penggunaan Beg Plastik di Negeri Selangor” akan dilaksanakan
mengikut peringkat yang dirangka memakan masa selama dua tahun. Sehubungan dengan
itu, peringkat yang pertama adalah dengan melaksanakan kempen“ Hari Tanpa Beg
Plastik” pada setiap hari Sabtu akan bermula pada tahun awal Tahun 2010. Setelah
perlaksanaan kempen dilaksanakan selama 6 bulan, pihak Kerajaan Negeri bersama
pengusaha-pengusaha akan menjalankan pemantauan bagi mengenalpasti impak daripada
kempen tersebut. Sekiranya kempen ini membawa kepada satu impak yang positif,
perlaksanaan peringkat kedua diteruskan dengan melanjutkan kempen “Hari Tanpa Beg
Plastik’ kepada hari-hari biasa.
TUJUAN
Kempen ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
i) Mengurangkan penggunaan beg plastik di Negeri Selangor.
ii) Mempertingkatkan kesedaran pengguna awam terhadap impak-impak negative
penggunaan beg plastik.
TARIKH DAN TEMPAT
Tempat: Pasaraya Besar, Pasaraya, Pusat Membeli-belah dan Peruncit di Negeri
Selangor
Tarikh: Perlaksanaan bermula pada 9 Januari 2010
KAEDAH PERLAKSANAAN
Pihak Kerajaan Negeri Selangor menggalakkan semua pengusaha pasaraya besar,
pasaraya, peruncit dan pusat membeli-belah menyertai kempen ini. Satu “Deklarasi
Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Negeri Selangor” akan diedarkan kepada
semua pengusaha untuk mengenalpasti samaada anda bersedia bekerjasama dengan
Kerajaan Negeri Selangor dalam kempen pengurangan penggunaan beg plastik supaya
pencemaran alam sekitar dapat ditangani.
Sekiranya anda bersetuju:
1. Sila mengecap dan menandatangani Deklarasi Pengurangan Penggunaan Beg Plastik
dan kemudian menghantar balik kepada alamat yang berikutnya:
Y.B. Elizabeth Wong
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55447760/7587/7759
Faks : 03- 5519 3328
2. Selepas itu, Kerajaan Negeri Selangor akan menghantarkan satu notis rasmi kepada
anda untuk edaran kepada semua rangkaian anda. Kemudian, lekatkan notis tersebut
di kedai anda.
3. Anda perlu membuat satu barcode untuk bayaran 0.20 sen bagi setiap beg plastik
dalam sistem juruwang anda ataupun sediakan satu kotak untuk mengumpul bayaran
penggunaan beg plastik di kaunter.
KESIMPULAN
Pihak Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa kempen ini akan memberi kesedaran dan
manfaat kepada para pengusaha dan pengguna iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg
plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, Pihak Kerajaan Negeri
Selangor berharap semua pengusaha-pengusaha akan menyambut baik kempen tersebut.
Thursday, May 13, 2010
Penanaman Sayuran Di Rumah
Penanaman sayuran di rumah telah menjadi hobi kepada kebanyakkan orang. Sebenarnya penanaman sayuran di rumah boleh membawa banyak faedah kepada kita seperti kita dapat menjimat tanpa perlu membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu, kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang segar lagi sihat kerana sayur-sayuran yang ditanam di rumah tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang akan menjejaskan kesihatan kita. Dengan itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam penanaman sayuran di rumah:-
Penyediaan Tanah
Tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. Tips berikut boleh membantu. Tanah yang berbutir cepat menyerap air dan nutrient. Gunakan 2cm hingga 4cm lapisan lindungan dengan serat (daun-daun, serat tumbuhan, rumput kering) di atas kawasan akar. Ini mengurangkan kehilangan air dari tanah. Tanah liat: tambahkan kompos atau gambut kepada tanah ini dan kacau sebati, ini dapat membantu pengudaraan tanah. Tanah liat lambat menyerap air, maka kita hanya boleh menyiram mengikut kadar serapan air. Tanah pasir: Tambahkan bahan organik kepada tanah ini. Ini untuk mengelak air mengalir dengan cepat dalam tanah pasir. Kandungan bahan organik dapat membantu tumbuhan menyerap air. Tanah gambut: Tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Tanah ini menyerap air dan simpan, ini membantu tumbuhan menyerapnya.Penyediaan Batas Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 m Lebar, 0.15-0.20 cm tinggi. Jarak antara batas ialah 0.3 m.
Semaian
Taburkan biji benih dengan campuran pasir halus (1:1). Tabur selapis pasir halus bagi menutup biji benih dan letakkan sungkupan dari rumput keatas batas. Siram batas setiap hari. Anak benih kelihatan selepas 3-4 minggu.
Penanam Benih
Anak benih yang sihat ditanam dua baris sebatas. Jarak tanaman ialah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.
Pembajaan
Penggunaan baja organik adalah perlu untuk kesuburan tanah. Baja dibubuh di sekeliling pokok dan digaul kedalam tanah.Baja organik boleh digantikan dengan baja kompos iaitu campuran bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian bakteria yang seterusnya menjadi baja semula jadi yang baik. Pembuatan baja kompos selalunya amat menjimatkan jika berbanding dengan baja organik. Kaedah membuat baja kompos adalah seperti berikut:Masukkan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran ke dalam acuan.Masukkan 1% najis ternakan dan disiram dengan air, kemudian menutupnya dengan lapisan rumput ataupun daun-daun kering.Mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi.Ulang langkah a), b) dan c) sehingga acuan penuh (sehingga 2 atau 3 kaki). Jangan lupa melndungi campuran daripada terdedah, gunakan bekas-bekas atau pembalut yang sesuai dengan saiz kompos yang di buat.Terbalikkan adunan setiap dua minggu selepas sebulan adunan tadi disimpan. Baja kompos akan terhasil selepas 3-4 bulan.Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan membentuk baja kompos yang berwarna kehitaman dan bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan tanaman atau pembajaan.
Penyiraman
Siram 2 kali sehari. Pada peringkat awal pertumbuhan sayuran, air banyak diperlukan untuk tumbesaran. Selepas 2-3 minggu, siram sekali sehari adalah mencukupi.
Pengawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa, sama ada secara manual (dengan tangan atau cangkul) atau secara sungkupan.
Pengawalan Serangga Perosak
Antara tumbuhan yang boleh mengelakkan serangga perosak adalah, bawang merah, bawang putih, halia, pudina, dan beberapa tumbuhan herba yang lain. Jangan gunakan racun perosak. Jenis sayuran yang boleh di tanam dengan senang adalah: Sawi, cili, terung bulat, terung panjang, kacang panjang, kacang tanah, jagung, kangkung, bendi, ubi kayu, tomato, dan banyak lagi.
Hak-Hak Pengguna
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Amalan 3R di rumah

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.
Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.
- Reduce – Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan. - Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. - Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. - Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. - Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan. - Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya. - Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula
- Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
- Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
- Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
- Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
- Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
- Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
- Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula
- 1 Kitar semula di rumah:
- Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
- Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
- Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
- Mengitar semula di laman anda:
- Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
- Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
- Mengitar semula di sesebuah komuniti:
- Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
- Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
- Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.
Wednesday, May 12, 2010
Tip-tip Penjimat Tenaga di Rumah & Pejabat
- Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
Tutup lampu pada waktu siang.
Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).