Saturday, June 26, 2010

Makanan Segera: Buruk Untuk Kesihatan

Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.


Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.


Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:


Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.


Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Monday, June 14, 2010

"Hookah" atau "Shisha" tidak selamat digunakan

Menghisap “hookah” atau turut dikenali dengan nama lain seperti shisha, water pipe, ghalyan, dan okka, akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek berkata oleh sebab itu “hookah” bukanlah alternatif atau gantian kepada perbuatan menghisap rokok.

Katanya asap tembakau yang keluar dari balang air “hookah” sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit merbahaya yang lain.

“Penggunaan “hookah” kini semakin popular dalam negara, terutama di kalangan golongan belia kawasan bandar, dan buat masa ini masih belum ada kajian berhubung penggunaan “hookah” di Malaysia.

“Bagaimanapun, secara amnya, “hookah” dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar,” katanya ketika menjawab soalan Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) berhubung kesan kesihatan akibat penghisapan “shisha” dengan menggunakan “hookah” dan pemipit.

Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan “hookah” adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

Chua berkata kajian juga mendapati bahawa pengguna “hookah” pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok.

Beliau berkata menurut kajian itu juga, penghisap rokok akan menyedut lapan hingga 12 kali sedutan dalam masa lima hingga tujuh minit dengan 0.5 hingga 0.6 liter asap disedut.
Menurutnya penghisap “hookah” pula menyedut 50 hingga 200 kali sedutan dalam mas 20 hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 hingga satu liter asap akan disedut.

Dr Chua berkata bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Tambahnya, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk “tuberculosis” dan hepatitis .-4/7/2005

Sumber Agenda Daily.net dan di copy paste dr laman web tbd.my

Saturday, June 12, 2010

8 Petua Keselamatan Jalan Raya




~Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

~Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

~Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong.Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

~Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

~Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

~Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

~Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

~Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Friday, June 11, 2010

Utusan Online - Lesen Runcit

PENIAGA MASIH UNTUNG

KUALA LUMPUR 7 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yakin peruncit tepung gandum, gula dan minyak masak masih mampu mengaut keuntungan walaupun selepas ia dilesenkan kerana lesen runcit bagi barangan berkenaan diberikan secara percuma oleh kerajaan.

Pengarah Projeknya, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, justeru peniaga runcit tidak mempunyai sebab untuk mendakwa langkah kerajaan itu membebankan mereka.

"Mereka tidak perlu berasa takut terhadap bayaran bagi permohonan lesen itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik balik pengecualian lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 19 tahun lalu bagi mengelakkan ia diselewengkan.

Menurut Noor Nirwandy, lesen runcit wajib dilaksanakan bagi memastikan semua peruncit menjalankan perniagaan barangan kawalan yang sah di sisi undang-undang.

"Dengan mewujudkan lesen ini, kerajaan mempunyai profil peniagaan kedai runcit, oleh itu senang untuk mengesan mereka yang menyeleweng barangan kawalan itu. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap peniaga berkenaan," katanya.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata, lesen runcit penting bagi memastikan bekalan tepung gandum, gula dan minyak masak benar-benar untuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk kegunaan komersial dan diseludup ke negara jiran.

Menurutnya, sebelum ini sesiapa sahaja boleh membeli barangan kawalan daripada pihak pemborong kerana pihak berkuasa hanya mencatatkan mereka sebagai pembeli termasuk 'peruncit hantu'.

''Kerana itu bekalan daripada pemborong kepada peruncit tidak dapat dikawal dan ia menyebabkan isu penyeludupan barangan kawalan ke negara jiran berterusan,'' katanya.

Muhammad Sha'ani menambah, para peruncit sepatutnya memandang perkara tersebut sebagai kelebihan dan kebaikan kepada mereka serta pengguna.

''Saya sendiri tidak faham kenapa peruncit mahu memprotes sehingga ada yang sanggup memboikot untuk menjual barangan kawalan seperti gula dan tepung semata-mata kerana pelaksanaan lesen ini.

''Saya menyeru kepada pengguna supaya memboikot peruncit yang tidak mahu memohon lesen runcit barangan kawalan supaya mereka sedar bahawa bukan mereka sahaja yang mempunyai kuasa untuk memboikot,'' katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail pula menasihatkan para peruncit supaya mematuhi peraturan itu dengan memohon lesen runcit barang kawalan berkenaan.

Jelasnya, usaha kerajaan itu bertujuan memastikan penjualan barang kawalan di negara ini berjalan dengan teratur.

"Walaupun penjualan barangan ini dikawal, ia akan memastikan barangan ini tidak diseludup ke negara jiran," katanya.

Thursday, June 10, 2010

Hak Membuat Pilihan

Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

Huraian-
Jika anda seorang pengguna bijak, anda akan menjadi sangat cerewet dalam memilih barang untuk dibeli.
Anda bukan cerewet untuk memilih barang, tetapi anda cerewet dalam memilih harga barangan tersebut.
Sebagai pengguna bijak, anda haruslah pandai memilih barangan yang murah dan berkualiti. Tentu jimat jika anda dapat membeli barangan yang murah tetapi berkualiti.

Jika anda pandai, anda boleh tawar-menawar dengan pekedai. Cuba untuk dapatkan harga yang lebih murah. Bukan susah untuk menawar.

Hak Mendapat Keperluan Asas

Pengguna mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas. Antara contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan keselamatan.


Pengguna sering kali keliru untuk membezakan antara keperluan asas dan kehendak.
Saya akan cuba menerangkan perbezaan antara keperluan asas dan kehendak
Keperluan asas ialah sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan serta pendidikan.

Kehendak pula ialah keinginan terhadap barangan mewah yang boleh menambah keselesaan dan meningkatkan status seseorang. Contoh kehendak ialah kereta mewah, rumah banglo dan set audio dan video yang canggih.


Ketika berbelanja, pengguna harus bijak Mengenal pasti keperluan asas dan kehendak agar tidak terlalu membazir. Jika pengguna ke pasaraya seperti di Jusco, pengguna harus mengutamakan membeli keperluan asas. Sekiranya ada lebihan wang, barulah pengguna boleh meneruskan hasrat untuk membeli barang kehendak. Tetapi ingat, jangan terlalu banyak membeli barang keperluan asas sehingga tidak mampu di habiskan.

Hak Mendapat Alam Sekitar yang Sihat & Selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

Pengguna dan pengeluar memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar alam sekitar sentiasa bersih daripada sebarang pencemaran. Pengilang harus memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Pengilang harus menggunakan cara pengeluaran yang tidak merosakkan alam sekitar seperti alat penapisan asap pada cerombong asap. pengilang juga harus mencari alternatif terbaik bagi pembuangan sisa sampah supaya tidak menjejaskan alam sekitar.

Pengguna juga bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan alam semula jadi. Pengguna bertanggungjawab untuk mengetahui kesan terhadap persekitaran akibat perbuatan mereka. Pengguna harus sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar agar muka bumi dapat dilindungi untuk tatapan generasi akan datang.


Akta Mutu Alam Sekitar 1974
Akta ini digubal untuk menjaga pencemaran alam sekitar yang dilakukan perseorangan, pengurus kilang dan seumpamanya. Akta ini melarang sesiapa sahaja membakar sampah sarap dan bahan buangan di kawasan terbuka. Selain itu, individu yang membuang sampah merata-rata akan di denda dalam bentuk wang.

Akhir kata, bersama-sama lah kita menjaga alam sekitar kita.

Hak Untuk Mendapat Pendidikan Kepenggunaan

Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka.
Pendidikan kepenggunaan membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak dalam membuat pilihan selain dapat memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Pembaziran dari segi wang dan barang tidak akan berlaku sekiranya pengguna mempunyai ilmu yang mencukupi. Pengguna juga akan bijak memilih barang yang bermutu.



Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar dan ceramah. Buku 'Panduan Pengguna' keluaran Kementerian perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna merupakan salah satu sumber maklumat mengenai kepenggunaan.

Masyarakat moden hari ini sentiasa peka terhadap hak mereka sebagai pengguna. Namun, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih jahil terhadap hak mereka sebagai pengguna.
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menilai tahap kesedaran masyarakat masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan maklumat.
Antaranya ialah:-

Membuat Soal Selidik.
Soal selidik boleh dibuat untuk mengetahui sama ada masyarakat sedar akan hak mereka sebagai pengguna.


Soal selidik.
Mengadakan Ceramah berkaitan Kepenggunaan
Ceramah boleh diadakan untuk mengetahui sama ada masyarakat berminat untuk mendapat maklumat berkaitan kepenggunaan seperti konsumerisme. Bilangan pendengar yang hadir apat dijadikan ukuran.

Hak Mendapat Ganti Rugi

Pengguna mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang atau perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu, dan luput tarikh. Penjual harus memberi ganti rugi jika barang atau perkhidmatan yang dibeli mengakibatkan kerugian atau keburukan kepada pengguna seperti masalah kesihatan dan sebagainya.

Ganti rugi akan diberi dalam bentuk:-
~Barang yang sama jenis.
~Barang berlainan jenis tetapi mempunyai harga yang sama.
~Memulangkan harga yang dibayar kepada pengguna.
~Sebagai pengguna, kita perlu menyemak tarikh luput sesuatu barang sebelum membelinya agar kita tidak akan membuang masa untuk kembali ke pasaraya tersebut. Penjual juga perlu sentiasa prihatin dengan menyemak tarikh luput barang-barang yang dijual.

Hak Bersuara

Hak pengguna beerti hak untuk mendapat pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan dalam proses mengubal dan melaksanakan polisi kerajaan.

Sebagai pengguna kita harus sedar akan kuasa kita untuk mengkritik. Pengguna perlu berwaspada dan mempersoalkan tentang harga dan kualiti barang serta perkhidmatan yang digunakan. Jika sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima tidak berkualiti, pengguna harus manyuarakan pendapat bagi mendapat barang dan perkhidmatan yang memuaskan.

Pengguna boleh membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap mutu atau barang perkhidmatan yang telah dibeli.

Cara Untuk Membuat Aduan

1. Aduan Secara Terus
Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai atau premis perniagaan.
Beruding dengan penjual atau pengurus kedai.
Sekiranya aduan tidak dilayan, buat aduan bertulis kepada penguat kuasa atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP).
2.Aduan Bertulis
Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail.
Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi.
Kumpulkan data atau statistik berkaitan aduan.
Rujuk undang-undang berkaitan.
Buat aduan dengan ringkas serta lampirkan surat sokongan.
Catatkan mengikut kronlogi dan pastikan membuat tindakan susulan.

Tabungan

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh. Biasanya jumlah yang dicadangkan ialah 30 peratus daripada jumlah pendapatan.Tabiat ini bertujuan menggalakkan simpanan untuk masa depan mengurangkan sikap suka berhutang dan serta memupuk sikap berjimat cermat di kalangan para pengguna.

Walau banyak mana pun wang yang diperoleh, jika kita tidak merancang kewangan dengan betul, segala wang yang di peroleh akan 'hilang' begitu sahaja. Amat penting untuk kita merancang perbelanjaan harian dan bulanan dan yang paling penting ialah pastikan setiap bulan kita ada menabung wang di dalam akaun simpanan sebagai jaminan masa depan selain untuk kegunaan saat-saat yang tidak diduga.

Mengapa seseorang itu perlu menabung:

Persediaan ketika memerlukan atau sesuatu perbelanjaan di luar jangkaan. Misalnya untuk keperluan kesihatan, kecemasan dan sesuatu yang tidak dijangka.

Simpanan hari tua atau apabila bersara. Untuk tujuan itu sejumlah wang yang mencukupi diperlukan untuk meneruskan kehidupan dan menyara perbelanjaan keluarga.

• Tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah, pembelian hartanah atau dijadikan modal permulaan untuk menjadi seorang usahawan.

Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.

Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.

Antara kelemahan menabung di bank ialah:

• Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.

• Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak mampu untuk melindungi susut nilai mata wang.

• Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila- bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang simpanan mungkin akan habis begitu sahaja.

Antara kebaikan menabung di bank ialah:

• Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.

• Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing. Menabung untuk pelaburan merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan. Yang penting pilihlah bentuk pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda. Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.

Penjagaan kereta yang rapi

• Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.

• Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian.


• Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.

• Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.
• Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan USIA.

• Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.

• Tayar kekurangan tekanan udara menyebabkan kenderaan berat pada stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga boleh memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.

• Anda juga boleh menguji sistem brek dan membersihkan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

Pemeriksaan berkala elak terkandas

Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah pretasi serta keselamatnnya.

Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan.

Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala.

Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang.

Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti.

Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh.

Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya.

Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku.

Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendir, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan again tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos.

Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri.

Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak.

Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar.

Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear.

Anda Menghidap Diabetis?

Diabetis juga dikenali sebagai ‘ibu penyakit’. Ini kerana ia boleh mengakibatkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, darah beku di kaki, kerosakan saraf dan buah pinggang, buta dan gangren kaki (membawa kepada pemotongan kaki). Diabetis biasanya idak menunjukkan simpton sehingga benar-benar serius

Apa itu Diabetis?

- Sejenis penyakit dimana kandungan glukosa (gula) dalam darah sentiasa tinggi.
- Keadaan ini boleh merosakkan salur darah.
- Penghidap diabetis biasanya mempunyai paras lemak darah yang tidak normal dan tekanan darah tinggi.

Bagaimana Ia Berlaku?

- Badan kita menukar karbohidrat (nasi, roti, mee) kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga dalam sel-sel kita.

-Penghidap diabetis jenis 2 biasanya mempunyai insulin (hormon yang membuka sel badan untuk membenarkan glukosa masuk) yang rosak atau tidak cukup.

-Apabila glukosa tidak dapat memasuki sel badan, ia terkumpul dalam darah.

Faktor Risiko Diabetis

- Sejarah diabetis dalam keluarga / genetik

- Terlebih berat badan / obesiti

- Kurang bersenam

- Tekanan darah tinggi

- Paras kolesterol darah yang tinggi

- Melahirkan bayi besar

Ujian Glukosa Darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun, orang dewasa berumur 35 tahun ke atas perlu mengambil ujian cucukan jari di klinik atau farmasi untuk memeriksa paras glukosa darah mereka. Seseorang disyaki menghidap diabetis sekiranya bacaan melebihi 11.1 mmol/L (2jm selepas makan). Anda perlu mengambil ujian darah lebih terperinc untuk memastikannya.


Lindungi Diri Dari Diabetis

- Amalkan diet yang seimbang dan pelbagai.

- Makan secara sederhana: jangan makan terlalu banyak atau sedikit.

- Lebihkan pengambilan serat dengan mangambil bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

- Kurangkan pengambilan minyak, gula, garam dan lemak yang berlebihan.

- Tingkatkan aktiviti fizikal harian.

- Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko: kurangkan sekiranya berlebihan berat badan atau obesiti.


Anda digalakkan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami simpton lazim diabetis:

- Sentiasa dahaga dan lapar

- Selalu membuang air kecil

- Kehilangan berat badan secara mendadak

- Sentiasa letih

Memerangi Pembaziran - Di Rumah

Kita boleh memerangi pembaziran di rumah. Begini caranya;

1. Kurangkan penggunaan elektrik dengan memasang lampu penjimat tenaga. Ia kurang mengeluarkan haba maka bilik tidak terlalu panas dan tidak perlu disejukkan.
2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap negara.

3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi.

4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru.

5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket.

6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya.

8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik

9. Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah.

10. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan ’remote control’ dan membiarkan dalam keadaan ’standby’ masih lagi menggunakan elektrik.

11. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.



Source: www.reduce.org / www.cetdem.org.my

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah

Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:

* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.

* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.

* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.
* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.

* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.

* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.

* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.

Saturday, June 5, 2010

PENGGUNA DITIPU DENGAN TELEFON BIMBIT PALSU




Saya telah melawat satu handphone fair di kawasan pudu, dan telah membeli dua set telefon bimbit yang dijanjikan original diperbuat daripada Finland dengan harga RM1200.00.

Saya telah mempercayai promosi ini adalah kerana saya dapat melihat di semua kawasan berhampiran yang menyatakan ianya hand phone fair dan kesemuanya set original dengan potongan harga 70 % dan penjual berkenaan menjelaskan yang telefon bimbit berkenaan di katakan set asas “basic” yang masih tidak di installkan software. Saya telahpun membuat bayaran di sana dengan kad kredit saya kerana harganya yang murah.

Setelah beberapa hari, seperti yang dijanjikan apabila saya sampai kepada alamat yang tertera dalam resit berkenaan untuk installation percuma, saya terkejut yang sebenarnya tiada kedai disana.

Walaupun rasa tertipu apabila saya membawa set telefon bimbit saya ke kedai kedai yang berhampiran kesemuanya mengatakan set yang dibeli adalah daripada china dan bukannya original.

Kini saya berasa amat tertipu dan ingin mendapatkan bantuan mana pihak untuk mendapatkan penjual itu untuk mendapatkan pulangan wang ataupun penukaran set yang tulen.

NCCC Advise: Aduan di atas adalah salah satu aduan yang diterima berkenaan dengan penipuan yang berleluasa dilakukan dengan nama Handphone Phone dan kesemuanya original dengan diskaun hebat, ini merupakan suatu penipuan dan salah dari sisi undang undang. Kami memandang serius keatas perkara ini, ini kerana ramai yang tertipu dan handphone fair berkenaan. Apabila phone fair berkenaan telah ditutup ataupun pengguna berkenaan mendapati kedai itu adalah tidak didaftarkan dibawah SSM ataupun tidak mempunyai sebarang maklumat ataupun kedai seperti yang dinyatakan ini akan menjadi lebih rumit lahi. Oleh yang demikian kami ingin nasihatkan pengguna agar membeli daripada penjual sah sahaja dan sila rujuk kepada artikel kami di Konsumerkini melalui link ini untuk maklumat lanjut. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan/243-risiko-membeli-telefon-bimbit-di-pesta-telefon-dengan-harga-terlalu-murah

Copy from NCCC

Complaints - DIGI BROADBAND???

Saya menggunakan broadband digi dan amat tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberi kerana line yang sering sangat terputus.
Ini menyebabkan kesukaran untuk mendownload data seperti update virus services.belum sempat habis download line putus. saya connect balik dan mencuba lagi namun masalah sama line putus. masalah ini bukan sahaja di rumah saya malah di mana-mana lokasi pun sama sahaja.
masalah yang akan berlaku setiap kali saya online. saya sudah cuba menghubungi pihak digi namun setiap kali sebelum membuat aduan kita mesti register, namun setiap kali permohonan register dibuat gagal dengan tulisan “your request unable to proceed this time”.

NCCC STATUS: Aduan ini telah pun di lanjutkan kepada pihak Digi Central dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk perhatian dan tindakan segera.

Nasihat : Sekiranya anda sebagai Pengguna, mempunyai masalah seperti di atas ataupun bekenaan dengan perkhidmatan internet/jalur lebar pertama hubungi syarikat berkenaan sekiranya tiada maklumbalas positif ataupun masih menghadapi masalah yang sama sila lanjutkan aduan kepada NCCC.

Kami juga ingin nasihatkan Pengguna agar siasat dan tidak mengambil keputusan segera untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian. Kami berharap andan sebagai Pengguna adalah jelas mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan berhampiran dengan kawasan anda. Langkah langkah yang seperti bertanya dengan jiran ataupun kawan kawan yang tingal berhampiran akan dapat memberi sedikit gambaran mengenai kualiti perkhidmatan di kawasan anda. Sekiranya jaminan pulangan wang diberikan dari pihak syarikat sekiranya pekhidmatan tidak dapat digunakan, maknanya anda berhak untuk mendapatkan pulangan wang.

Copy from NCCC

Complaints - WHILE STOCK LAST ???

I went to the Guardian to purchase a 750ml of Listerine bottle at RM17.88 as there is a promotion. The promotion stated is for every purchase of 750ml of Listerine bottle, you get a free 250ml of Listerine bottle at the purchase price of RM17.88 per 750ml.
There is no clauses which says "while stocks last" on the promotion board or on the 750ml Listerine bottle itself. So, when I make payment at the cashier at RM17.88 for the 750ml bottle of Listerine, I demanded the free 250ml Listerine bottle. I was told by the cashier (male attendant) that they have no more stocks. Then, I said to him that it was part of the promotion deal and there is no clauses which says "while stocks last" stated anywhere on the promotion board and the Listerine bottle.
The cashier replied me by saying that "all promotion free gifts are based on while stocks last". I certainly felt cheated by the misleading promotion deal from them. The response was totally unsatisfactory and irresponsible.

NCCC Advise : Retailers are advised to remove any indications such as “while stocks last” if the stock is not available since this will influence public to purchase a product by relying on the representation above, this is unfair. At the same consumers also advised to confirmed before purchasing those item this is to save your good self from spending for the non receivable item. Referring to Sec 13 of Consumer Protection Act 1999 which also prohibits sale of limited goods where the amount and time frame is not specified.

Ms.Matheevani Marathandan
National Consumer Complaints Centre (NCCC)

Copy from NCCC

Complaints - Janji tidak di penuhi.....

Saya beli TV SAMSUNG 42" PLASMA TV (Model PS42C430) dari Court Mammoth (CM) pada 18/4/2010 dan dijanjikan percuma SAMSUNG DVD PLAYER (Model DVDH1080R) dalam masa 2-3 minggu. Malangnya selepas sebulan iaitu 18/5/2010 saya diberikan DVD (Model P191K). Saya ditipu kerana:
Terlalu lama untuk mendapatkan DVD
DVD yang diberi tidak sepatutnya dan bila di sambung ke TV untuk dimainkan DVD mengeluarkan gambar tidak berwarna Saya mohon agar CM mengambil barang mereka semula dan memulangkan semula apa yang telah saya bayar.
Nasihat : Merujuk kepada aduan di atas, pengguna/pengadu mempunyai hak untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan seperti yang di janjikan. Sekiranya anda mengalami keadaan yang sama seperti di atas anda dikehendaki untuk merujuk perkara ini kepada ibu pejabat syarikat berkenaan, jikalau maklumbalasnya tidak positif barulah anda membuat aduan kepada NCCC.

Menurut undang undang;

Seksyen 46 Akta Perlindungan Pengguna -Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan pulangan wang atau penukaran sekiranya janji/spesifikasi tidak dipenuhi.
Seksyen 10 Akta Perlindungan Pengguna - Ianya salah untuk memberi representasi palsu atau mengelirukan
Seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna - Sesuatu produk haruslah memenuhi gerenti tersirat iaitu mencapai kualiti boleh di terima.

Copy from NCCC

Sarapan: Mudah dan Sihat

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Thursday, June 3, 2010